Premium
Sumber utama pengangkutan ke sekolah, cari rezeki
Feb 12, 2018 | 5:30 AM

GUNA PMD SEBERANG TAMBAK: Encik Muhammad Juwaidi Muhammad Johari, yang menetap di Johor Bahru, menggunakan alat mobiliti peribadi (PMD) lengkap dengan helmet sebagai pengangkutan utama untuk menyeberang Tambak setiap hari sebelum meneruskan perjalanan ke Jalan Bahar tempat beliau menjalani program latihan amali kursus Diploma dalam Teknologi Penerbangan dan Aeroangkasa. - Foto BM oleh AYUN ABDUL KARIM -
BAGI sesetengah belia, alat mobiliti peribadi (PMD) seperti skuter elektrik (e-skuter) mungkin digunakan sekadar mahu bersantai bagi mempermudah mereka bergerak ke destinasi pilihan untuk menemui teman.
Tetapi bagi Encik Muhammad Juwaidi Muhammad Johari, 21 tahun, pelajar tahun akhir Politeknik Nanyang (NYP) yang sedang menjalani program latihan amali kursus Diploma dalam Teknologi Penerbangan dan Aeroangkasa, e-skuter umpama sumber pengangkutan utama buatnya.

