Sumbangan orang ramai penuhi impian 10 warga kurang upaya ke Tanah Suci
Premium
Sumbangan orang ramai penuhi impian 10 warga kurang upaya ke Tanah Suci
Persatuan Belia Bedok untuk Insan Kurang Upaya berjaya kumpul hampir $70,000 dalam tempoh dua tahun lalu bagi projek itu
Jan 19, 2019 | 5:30 AM
BERGAMBAR DI MAKAM SYUHADA UHUD: Seramai 10 individu kurang upaya berlepas ke Arab Saudi pada 7 Januari lalu untuk menunaikan umrah. Ini merupakan umrah yang pertama bagi lapan daripada mereka. - Foto PERSATUAN BELIA BEDOK UNTUK INSAN KURANG UPAYA -
DOA dan impian sekumpulan individu kurang upaya menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah akhirnya menjadi kenyataan berkat sumbangan orang ramai kepada Persatuan Belia Bedok untuk Insan Kurang Upaya (BYSD).
Badan tidak meraih keuntungan itu berjaya mengumpul hampir $70,000 dalam tempoh dua tahun bagi projek mereka itu menerusi usaha pengumpulan dana, kata Naib Presiden (II) BYSD, Encik Hazizi Abu Bakar.

