Sumbang dermasiswa, biasiswa untuk anggota keluarga

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sumbang dermasiswa, biasiswa untuk anggota keluarga

Nov 4, 2022 | 5:30 AM

Sumbang dermasiswa, biasiswa untuk anggota keluarga

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
PENERIMA ANUGERAH AKAR: Penerima biasiswa dan dermasiswa Akar yang terdiri daripada anggota keluarga Profesor Hadijah. - Foto ihsan HADIJAH RAHMAT
PENERIMA ANUGERAH AKAR: Penerima biasiswa dan dermasiswa Akar yang terdiri daripada anggota keluarga Profesor Hadijah. - Foto ihsan HADIJAH RAHMAT -

MENAIKTARAFKAN diri dan memperkasa semangat dengan pendidikan.

Inilah antara manfaat ilmu pengetahuan yang Profesor Madya Hadijah Rahmat raih hasil kesungguhan memburu pengetahuan.

Lantaran itu, beliau memperkenalkan biasiswa dan dermasiswa untuk anggota keluarga besarnya yang lulus peperiksaan.

Setiap kali bertemu pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, sijil dan biasiswa (Anugerah Pendidikan Akar) akan disampaikan kepada mereka yang berjaya dalam peperiksaan besar seperti Peperisaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O', GCE Peringkat 'A', Sijil Nitec, Nitec Lanjutan, politeknik, universiti dan bagi tujuan melanjutkan pengajian possiswazah.

Ada juga sijil bagi pelajar terbaik, kelakuan terbaik, kemajuan terbaik, modul terbaik dan lain-lain lagi.

Menurut Profesor Hadijah, dinamakan Anugerah Akar ini mengambil sempena singkatan nama datuknya, Abdul Karim (AK) dan neneknya Alimah Rais (AR).

Penyampaian Anugerah Akar dibuat pada 2014 sebagai satu usaha menggalak anak-anak untuk terus belajar dan melanjutkan pengajiannya.

"Ia adalah sebagai hadiah ikhlas sempena hari lahir saya untuk pembangunan keluarga.

"Saya ingin menekankan bahawa saya ambil berat juga tentang keluarga bukan saja diri saya.

"Saya ingin lihat anak-anak dalam keluarga besar saya berjaya dalam pelajaran. Ini semacam galakan kepada mereka dan bagi membantu mereka secara langsung ataupun tidak," katanya.

Empat tahun lalu, sempena ulang tahun beliau yang ke-60 tahun, Profesor Hadijah memperluas Anugerah Akar kepada tiga anak muda Aceh yang ditemui dan beliau terima sebagai anak angkat untuk mengikuti program pembangunan diri ini dan sekali gus menjadi ahli kehormat keluarga besar Akar.

"Anugerah Pendidikan Akar untuk ahli kehormat ini akan membolehkan mereka datang ke Singapura untuk mengikuti program khas pembangunan professional berkaitan dengan minat dan bidang keahlian masing-masing.

"Perbelanjaan dan keperluan seperti pengangkutan, penginapan dan makanan mereka ditanggung melalui biasiswa Anugerah Pendidikan Akar ini," jelasnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg