Premium
Kobe terus diingati peminat
Feb 5, 2020 | 5:30 AM
PERINGATI JAGUH SUKAN: Ribuan peminat tampil dan menyumbang pelbagai hadiah sebagai menghargai Kobe Bryant, ahli bola jaring terkemuka Amerika Syarikat yang terkorban bersama-sama anaknya dalam nahas helikopter pada 26 Januari lalu di Calabasas, California, kira-kira 48 kilometer barat laut Los Angeles. - Foto AFP -
LOS ANGELES: Kawasan peringatan yang dibangunkan peminat Kobe Bryant, di hadapan Staples Centre di Los Angeles kini mula dibersihkan, lapan hari setelah legenda NBA itu meninggal dunia dalam kemalangan helikopter yang turut melibatkan anaknya yang berusia 13 tahun, Gianna dan tujuh lagi mangsa.
Koleksi barangan yang diletakkan di LA Live Entertainment Centre termasuk bunga, lilin, belon, karya seni, foto, jersi, bola jaring dan anak patung.

