SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

S’pura sokong resolusi tamat perang di Gaza

S’pura sokong resolusi tamat perang di Gaza

Kementerian Pertahanan, Kementerian Ehwal Luar dan Sekretariat Penyelarasan Keselamatan Nasional membentangkan adendum masing-masing menyusuli Amanat Presiden Tharman Shanmugaratnam sempena pembukaan penggal ke-15 Parlimen pada 5 September.
Sep 15, 2025 | 7:42 PM

S’pura sokong resolusi tamat perang di Gaza

Singapura merupakan salah satu daripada 142 negara yang menyokong resolusi bagi menamatkan perang di Gaza dan mengesahkan semula sokongan untuk penyelesaian dua negara tanpa penglibatan Hamas semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 12 September.

Resolusi itu dibentangkan oleh Perancis dan Arab Saudi, yang secara jelas mengutuk serangan 7 Oktober 2023 oleh Hamas terhadap Israel, menuntut Hamas melucutkan senjata dan penyerahan tadbir urus di Gaza kepada pihak berkuasa Palestin, dengan sokongan antarabangsa.

Dalam catatan di Instagram pada 13 September, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, berkata sokongan Singapura terhadap resolusi itu mencerminkan dukungan Singapura ke atas penyelesaian dua negara yang dirundingkan – dengan Israel dan Palestin boleh hidup bersama secara aman.

Beliau berkata ia juga menunjukkan Singapura dengan tegas menolak keganasan dan mengutuk serangan Hamas terhadap orang awam.

“Keamanan tidak boleh dicapai melalui keganasan, dan mana-mana hala tuju bagi melangkah ke hadapan mesti mengetepikan unsur ekstremis yang menghalang kestabilan dan keselamatan jangka panjang di rantau ini,” katanya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg