Topik diikuti
Pergi ke BHkuS'pura perkenal teknologi bijak kekang penularan denggi
Premium
S'pura perkenal teknologi bijak kekang penularan denggi
Peningkatan suhu akibat perubahan iklim akan menyebabkan lebih banyak kes denggi berlaku
S'pura perkenal teknologi bijak kekang penularan denggi
MANFAATKAN INOVASI DAN TEKNOLOGI: Dalam ucapannya di Sidang Puncak Masa Depan di Abu Dhabi kelmarin, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengongsi Singapura sedang menjalankan kajian melepaskan Aedes Aegypti jantan yang membawa bakteria Wolbachia dalam usaha mengurangkan pembiakan nyamuk dan penularan denggi. - Foto MEWR -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 18, 2019 | 5:30 AM
SINGAPURA telah memperkenalkan teknologi bijak dalam usaha mengekang penularan denggi, yang bertambah buruk akibat perubahan iklim, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Dalam ucapannya di Sidang Puncak Masa Depan kelmarin, yang merupakan sebahagian Minggu Kemampanan Abu Dhabi, beliau berkata suhu yang meningkat akibat perubahan iklim akan menyebabkan lebih banyak kes denggi berlaku.
