Topik diikuti
Pergi ke BHkuS'pura, M'sia setuju perkukuh hubungan pertahanan
Menteri pertahanan baru M'sia Mohamad Sabu temui Eng Hen
S'pura, M'sia setuju perkukuh hubungan pertahanan
MENTERI Pertahanan Dr Ng Eng Hen dan rakan sejawatan dari Malaysia, Encik Mohamad Sabu bersetuju memperkukuh hubungan pertahanan dua hala antara kededua negara dalam satu pertemuan semalam.
Pertemuan rasmi itu adalah yang pertama bagi kededua menteri, dengan Encik Mohamed mengadakan kunjungan sulung ke Singapura sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, bagi menghadiri Dialog Shangri-La (SLD) hujung minggu ini.
