S'pura, M'sia setuju gantung pelaksanaan had pelabuhan bertindih
Premium
S'pura, M'sia setuju gantung pelaksanaan had pelabuhan bertindih
Mar 15, 2019 | 5:30 AM
GANTUNG TUNTUTAN: Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan (kiri) dan rakan sejawatnya, Datuk Saifuddin Abdullah, bersetuju menggantung pelaksanaan had pelabuhan bertindih mereka yang masing-masing berkuatkuasa sebelum 25 Oktober 2018 dan 6 Disember. - Foto FACEBOOK SAIFUDDIN ABDULLAH -
SINGAPURA dan Malaysia bersetuju menangguhkan tuntutan pelabuhan yang bertindih di perairan dekat Tuas, dengan menyatakan langkah itu penting bagi menamatkan pertikaian di antara kedua-dua negara.
Menurut satu kenyataan bersama Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah, selepas mesyuarat mereka semalam, kededuanya bersetuju melaksanakan penangguhan had pelabuhan yang bertindih dengan serta-merta.

