S'pura hancurkan gading haram yang dirampas bernilai $18j
Premium
S'pura hancurkan gading haram yang dirampas bernilai $18j
Aug 12, 2020 | 5:30 AM
SAKSIKAN PROSES PEMUSNAHAN: (Dari kiri) CEO NParks, Encik Kenneth Er; Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee; dan Pengarah Kumpulan Pengurusan Hidupan Liar, NParks, Dr Adrian Loo, melihat gading gajah yang telah dihancurkan oleh penghancur batu industri di Pusat Kesihatan Haiwan dan Tanam-Tanaman NParks semalam. - Foto BH oleh GAVIN FOO -
KOMITMEN Singapura dalam menentang perdagangan kehidupan liar haram jelas terpapar apabila Lembaga Taman Negara (NParks) memusnahkan gading haram bernilai $18 juta seberat sekitar sembilan tan semalam.
Ia rampasan terbesar yang dimusnahkan di dunia sejak gading sebanyak 9.5 tan dihancurkan di Malaysia pada 2016.

