Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura, Brunei bincang cara perkukuh kerjasama pertahanan

Jan 5, 2026 | 8:38 PM
brunei, singapore, tentera udara, chan chun sing, haszabaidi
Singapura dan Brunei mengesahkan hubungan pertahanan dua hala semasa pertemuan antara Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam merangkap Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing (kanan), dengan Panglima Tentera Udara Diraja Brunei, Brigedier Jeneral Haszahaidi Ahmad Daud pada 5 Januari. - Foto MINDEF

Singapura dan Brunei mengesahkan hubungan pertahanan dua hala yang “rapat dan telah lama terjalin” semasa pertemuan antara Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam merangkap Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, dengan Panglima Tentera Udara Diraja Brunei, Brigedier Jeneral (BG) Haszahaidi Ahmad Daud, di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 5 Januari.

Kedua-dua pihak turut membincangkan cara memperdalam dan memperkukuh kerjasama pertahanan antara Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dengan Tentera Udara Diraja Brunei.

Menurut kenyataan Mindef, pertemuan itu diadakan sempena ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan pertahanan antara kedua-dua negara tersebut pada 2026.

Ini merupakan lawatan pertama BG Haszahaidi ke Singapura.

Beliau di sini dari 5 hingga 7 Januari.

Beliau turut bertemu dengan Panglima Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Panglima Pasukan Pertahanan, Laksamana Madya (VADM) Aaron Beng dan Panglima Tentera Udara, Mejar-Jeneral (MG) Kelvin Fan.

MG Fan turut menyampaikan anugerah Sayap Kehormat SAF kepada BG Haszahaidi sebagai pengiktirafan atas sumbangan bermakna beliau dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua tentera udara.

“RSAF dan RBAirF berinteraksi secara kerap melalui lawatan peringkat tinggi, pertukaran profesional, penyertaan silang dalam kursus, serta latihan dua hala yang dikenali sebaagai ‘Exercise Airguard’.

“Interaksi ini telah memperkukuh persefahaman dan persahabatan antara kedua-dua angkatan tentera udara tersebut,” kata Mindef.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg