SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

S'pura alu-alu gencatan senjata di Gaza

S'pura alu-alu gencatan senjata di Gaza

May 22, 2021 | 1:54 AM

S'pura alu-alu gencatan senjata di Gaza

Foto EPA-EFE/MOHAMMED SABER
Foto EPA-EFE/MOHAMMED SABER -

SINGAPURA mengalu-alukan gencatan senjata sebagaimana yang diumumkan Israel dan Hamas di samping menyampaikan takziah buat keluarga kedua-dua pihak yang kehilangan orang yang disayangi.

Dalam kenyataannya pada Jumaat (21 Mei), Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata:

"Singapura menyambut baik gencatan senjata bersama yang diumumkan awal hari ini oleh pemerintah Israel dan Hamas.

"Kami menggesa semua pihak agar patuh pada gencatan senjata ini agar dapat menghentikan lingkaran keganasan dan mengelakkan daripada kehilangan nyawa orang awam lagi."

Ucapan takziah diberi buat keluarga mereka yang kehilangan orang tersayang daripada kedua-dua pihak dengan harapan mereka yang cedera juga akan beroleh penyembuhan sepenuhnya.

Sebagai respons kepada situasi kemanusiaan di Gaza, MFA menambah pemerintah Singapura akan menyalurkan AS$100,000 ($133,070) sebagai wang pendahuluan bagi Palang Merah Singapura melancarkan permohonan awam untuk sumbangan tunai dalam menyediakan bekalan bantuan segera.

"Kami meminta semua pihak relevan agar memudahkan kiriman bantuan kemanusiaan yang tangkas dan tidak terhalang kepada orang awam yang terjejas," tambah MFA.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg