Premium
SPH Radio urus program radio di FairPrice Finest
Program juga jadi platform bagi pasar raya, jenama pengiklanan laku pengumuman dan promosi bagi pelanggan
Jul 22, 2020 | 5:30 AM
KOLABORASI BARU: SPH Radio secara eksklusif akan mengurus dan mengoperasikan pengaturcaraan FairPrice Finest Radio, sebuah program radio yang disiarkan di semua 26 kedai FairPrice Finest mulai Isnin lalu. - Foto BH oleh LIM YAOHUI -
PENGUNJUNG kini dapat mendengar muzik dan kandungan daripada stesen Singapore Press Holdings (SPH) Radio apabila membeli-belah di pasar raya FairPrice Finest.
Di bawah satu kerjasama baru antara SPH Radio dan FairPrice Finest, yang dilancarkan kelmarin, SPH Radio secara eksklusif akan mengurus dan mengendali pengaturcaraan FairPrice Finest Radio, sebuah program radio yang disiarkan di semua 26 kedai FairPrice Finest mulai Isnin selalu.

