Sokongan padu bagi pasangan muda
Mar 16, 2021 | 5:30 AM
KONGSI PENGALAMAN: Pasangan Encik Lutfi Amali Tuliman dan Cik Nurul Fatin Abdul Mutalib yang bernikah pada November 2020 berkongsi pengalaman mereka mendapat bimbingan dan nasihat daripada naib kadi Ustaz Fakhrudin Amin (tiada dalam gambar). - Foto BH oleh LIM YAOHUI -
PASANGAN yang baru atau bakal bernikah kini mempunyai sokongan lebih menyeluruh, bukan sahaja pada fasa persiapan perkahwinan, malah sesudah berumah tangga.
Apakan tidak, inisiatif Bersamamu, di mana pasangan Islam yang mendaftar perkahwinan mereka perlu bertemu dengan kadi atau naib kadi sebelum majlis mereka untuk mendapatkan nasihat tentang perkahwinan dan kehidupan berkeluarga, telah dipertingkat.
Para kadi dan naib kadi juga telah mempunyai Facebook Bersamamu yang digunakan sebagai wadah berkongsi tip perkahwinan dan keibubapaan.
Bagaimanakah pasangan suami isteri baru menyambut peningkatan tersebut?
Laporan penuh:

