Topik diikuti
Pergi ke BHkuSokongan kukuh masyarakat pada pembangunan Madrasah Al-Arabiah dialu-alukan
Sokongan kukuh masyarakat pada pembangunan Madrasah Al-Arabiah dialu-alukan
SOKONGAN masyarakat bagi merealisasikan sebuah bangunan baru bagi madrasah setempat, Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI), amat memberangsangkan dan disyukuri.
Malah kutipan dana yang melonjak tinggi sejak model bangunan madrasah itu dilancarkan pada awal tahun ini menjadi bukti dorongan kuat masyarakat dalam menyumbang kepada pembinaan institusi madrasah sepenuh masa negara ini.
