SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

SingPost lancar setem pekerja barisan depan

SingPost lancar setem pekerja barisan depan

Aug 6, 2021 | 5:30 AM

SingPost lancar setem pekerja barisan depan

Foto SINGPOST
Foto SINGPOST -

PENJAJA, pekerja pembersihan, kakitangan pasar raya dan guru merupakan antara 10 pekerjaan yang dipaparkan dalam satu set setem yang dikeluarkan oleh Singapore Post sempena ulang tahun ke-56 Singapura.

Berharga antara 30 sen dengan $1.40 setiap satu, setem itu akan dijual mulai 6 Ogos di semua pejabat pos menjelang Hari Kebangsaan Isnin ini.

Setem baru itu bertujuan mengiktiraf jasa pekerja barisan depan dalam pandemik Covid-19 dan turut memaparkan pekerjaan lain seperti posmen, pemandu bas dan penghantar makanan.

Tiga pekerjaan lain yang ditonjolkan dalam set setem itu ialah doktor, jururawat serta pekerja pemeriksaan swab, yang bekerja di barisan depan sejak koronavirus itu menular.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg