SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Singapura, UAE mahu teroka kerjasama dalam pelbagai bidang

Singapura, UAE mahu teroka kerjasama dalam pelbagai bidang

Mar 22, 2021 | 10:34 PM

Singapura, UAE mahu teroka kerjasama dalam pelbagai bidang

Singapura dan UAE mahu teroka kerjasama dalam bidang seperti AI. - Foto PIXABY
Singapura dan UAE mahu teroka kerjasama dalam bidang seperti AI. - Foto PIXABY -

SINGAPURA dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) mahu meneroka kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk teknologi, inovasi, kecerdasan buatan (AI), teknologi angkasa dan sektor awam.

Demikian diumumkan Menteri Perdagangan dan Perusahan S Iswaran dan pengerusi Penguasa Ehwal Eksekutif Abu Dhabi, Khaldoon Al Mubarak.

Kededua pemimpin merupakan pengerusi bersama Forum Bersama Abu Dhabi-Singapura yang diadakan pada Isnin (22 Mac) secara dalam talian.

Encik Iswaran berkata hubungan dua hala antara Singapura dan Abu Dhabi telah berkembang sejak forum pertama yang diadakan pada 2007, dan telah bertambah kukuh meskipun dalam cabaran pandemik Covid-19.

"Sedang kita melangkah ke fasa kolaborasi seterusnya, kita akan memanfaatkan trend teknologi global, dan fokus pada bidang yang saling diminati termasuk teknologi angkasa, 5G, semikonduktor dan AI," kata Encik Iswaran. - The Straits Times

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg