Topik diikuti
Pergi ke BHkuSingapura dan Malaysia alu-alukan Sistem Transit Laju JB-Singapura
Singapura dan Malaysia alu-alukan Sistem Transit Laju JB-Singapura
Singapura dan Malaysia alu-alukan Sistem Transit Laju JB-Singapura
RTS LINK: Gambaran artis bagi stesen Woodlands North yang akan menjadi sebahagian Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura. - Foto LTA
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 23, 2018 | 8:10 PM
MENTERI Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, telah bertemu dengan Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke, di Kuala Lumpur hari ini (23 Ogos) untuk berbincang tentang pelbagai isu pengangkutan.
Menurut jurucakap Kementerian Pengangkutan (MOT), antara perkara yang dibincangkan termasuk Sistem Transit Laju (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura serta khidmat kereta api ulang-alik Tebrau Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
"Kedua-dua menteri mengalu-alukan usaha mengukuhkan kerjasama pengangkutan dan memastikan projek RTS itu menjadi nyata.
"Ini akan mengurangkan kesesakan di pusat pemeriksaan darat kita," kata jurucakap itu.
