SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Silap teknikal sebabkan audio ujian berkaitan Ramadan diedar lebih awal

Silap teknikal sebabkan audio ujian berkaitan Ramadan diedar lebih awal

Feb 28, 2025 | 4:54 PM

Silap teknikal sebabkan audio ujian berkaitan Ramadan diedar lebih awal

Audio ujian berkaitan Ramadan telah diedarkan lebih awal kerana ralat teknikal dalam sistem pengurusan kandungan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). 
Audio ujian berkaitan Ramadan telah diedarkan lebih awal kerana ralat teknikal dalam sistem pengurusan kandungan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).  - Foto fail

Sebuah audio ujian berkaitan Ramadan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) diedarkan lebih awal kerana satu kesilapan teknikal dalam sistem pengurusan kandungan majlis itu.

Sistem itu sedang dibangunkan untuk tujuan semakan dalaman sahaja, jelas Muis dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 28 Februari.

Lantas, Muis memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat penyebaran awal yang tidak diingini itu.

“Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang disebabkan oleh penyebaran yang tidak diingini ini.

“Audio tersebut adalah versi ujian yang dimaksudkan untuk penilaian dalaman dan tidak sepatutnya diedarkan lebih lanjut.

“Pasukan kami sedang menangani kelemahan sistem yang menyebabkan kesilapan ini dan sedang melaksanakan perlindungan bagi mengelakkan kejadian serupa,” ujar Muis.

Muis turut meminta media dan individu agar mengelak daripada menyebarkan kandungan tersebut.

“Kami menghargai pemahaman dan kerjasama anda,” tambahnya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg