SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sifat tanggungjawab wujudkan budaya guna PMD, basikal lebih selamat

Sifat tanggungjawab wujudkan budaya guna PMD, basikal lebih selamat

Aug 21, 2018 | 3:57 PM

Sifat tanggungjawab wujudkan budaya guna PMD, basikal lebih selamat

ISU PMD, BASIKAL: Dr Faishal dan anggota Panel Penasihat Mobiliti Aktif (Amap) telah bertemu dengan kakitangan Deliveroo baru-baru ini.
ISU PMD, BASIKAL: Dr Faishal dan anggota Panel Penasihat Mobiliti Aktif (Amap) telah bertemu dengan kakitangan Deliveroo baru-baru ini. - Foto FACEBOOK/Assoc Prof Muhammad Faishal Ibrahim

PENGGUNAAN alat mobiliti peribadi (PMD) secara bertanggungjawab boleh memberi manfaat kepada semua, termasuk perniagaan, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Menerusi laman Facebook beliau hari ini (21 Ogos), beliau memberi contoh syarikat penghantaran makanan, Deliveroo, yang menggalak pekerja mereka yang menggunakan PMD - seperti basikal dan skuter elektrik (e-skuter) - mengamalkan tabiat menunggang dengan selamat.

"Pihak pengurusan Deliveroo menunjukkan kami beberapa amalan terbaik mereka dan memberi jaminan kepada kami bahawa mereka mengambil kebajikan penunggang mereka dan keselamatan semua pengguna laluan awam dengan serius," kata beliau.

Beliau, yang juga pengerusi Panel Penasihat Mobiliti Aktif (Amap), dan sekumpulan anggota panel itu telah menemui kakitangan Deliveroo baru-baru ini.

Dr Faishal berkata Deliveroo sedang bekerja rapat dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) demi memastikan penunggang mereka sentiasa mendapat maklumat terkini tentang peraturan mobiliti aktif dan kod tata laku.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg