Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shanmugam anggap Faishal sebagai pemimpin sukar dicari

Kededuanya pernah kerjasama untuk tiga penggal di GRC Nee Soon
Jun 12, 2025 | 7:12 PM
K. Shanmugam, Muhammad Faishal Ibrahim
Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, memuji Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, sebagai individu yang tenang, berpendirian dan bersedia melaksanakan tugas. Kededuanya bertemu di Masjid Darul Makmur di Yishun semasa Solat Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun. - Foto FACEBOOK K.SHANMUGAM

Pemimpin seperti Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, sukar dicari.

Hal itu dikongsi Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, melalui Facebooknya pada 12 Jun.

Dalam catatan tersebut, Encik Shanmugam berkata beliau gembira melihat Dr Faishal menjalankan jawatan barunya.

Kededuanya bertemu di Masjid Darul Makmur di Yishun semasa Solat Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun.

“Ia merupakan satu pertemuan semula yang cukup menyentuh hati.

“Faishal menyertai GRC Nee Soon pada 2011 sebagai Anggota Parlimen (AP). Sepanjang tahun-tahun tersebut, saya melihat beliau berkembang, selangkah demi selangkah,” katanya.

Dr Faishal telah menjadi AP untuk GRC Nee Soon selama tiga penggal – dari 2011 hingga 2025 – bekerjasama dengan Encik Shanmugam.

Kini, beliau kembali berkhidmat di GRC Marine Parade-Braddell Heights, kawasan pertamanya selepas Pilihan Raya Umum 2006.

Sepanjang penglibatannya di arena politik, Dr Faishal pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Parlimen, Setiausaha Parlimen Kanan, Menteri Negara dan kini Menteri Negara Kanan dan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, tulis Encik Shanmugam.

Encik Shanmugam menyifatkan Dr Faishal sebagai individu yang “sentiasa tenang, berpendirian dan bersedia melaksanakan tugas”.

“Beliau banyak menjalankan kerja di peringkat akar umbi dan mendapat sokongan daripada pelbagai kaum.

“Beliau sangat popular dalam kalangan majoriti penduduk. Saya sering bergantung kepadanya untuk melaksanakan pelbagai perkara.

“Pemimpin seperti Encik Faishal sukar dicari,” ujarnya.

Beliau (Dr Faishal) banyak menjalankan kerja di peringkat akar umbi dan mendapat sokongan daripada pelbagai kaum.  Beliau sangat popular dalam kalangan majoriti penduduk. Saya sering bergantung kepadanya untuk melaksanakan pelbagai perkara. Pemimpin seperti Encik Faishal sukar dicari.
Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg