sgCarMart perkenal sokongan kewangan bagi penjual kereta
sgCarMart perkenal sokongan kewangan bagi penjual kereta
Nov 3, 2018 | 1:16 PM
SOKONGAN PEMBIAYAAN: Penjual kereta terpakai kini boleh memanfaatkan khidmat yang ditawarkan sgCarMart Financial Services. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES
SGCARMART Financial Services, sayap pembiayaan baru sgCarMart, akan menawarkan khidmat pembiayaan bagi penjual kereta terpakai untuk membeli kenderaan dan sewa beli yang boleh ditawarkan penjual kepada pelanggan mereka.
Syarikat usaha sama itu bertujuan menawarkan kadar pembiayaan kenderaan yang berdaya saing kepada penjual.
Pengurus besar sgCarMart, Encik Vincent Tan, berkata mereka menawarkan pinjaman yang lebih cepat, fleksibel dan berdaya saing kerana mereka mempunyai maklumat tentang kedua-dua kereta dan peminjam.
sgCarMart Financial Services dipimpin oleh Encik Joe Chua, seorang veteran dalam industri perbankan dengan 18 tahun pengalaman.

