Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seronok cuti inap sekeluarga di MBS

Jan 8, 2021 | 5:30 AM
CUTI INAP DI MBS: Cik Eka Mairina dan keluarganya semasa pengalaman cuti inap mereka di hotel Marina Bay Sands November lalu. - Foto ihsan EKA MAIRINA
CUTI INAP DI MBS: Cik Eka Mairina dan keluarganya semasa pengalaman cuti inap mereka di hotel Marina Bay Sands November lalu. - Foto ihsan EKA MAIRINA -

SUDAH menjadi lumrah bagi Cik Eka Mairina dan keluarganya bercuti di luar negara pada hujung tahun.

Namun, seperti ramai orang lain, kebiasaan itu tidak dapat diteruskan tahun ini disebabkan pandemik Covid-19 di seluruh dunia

Apakan daya, tamparan hebat Covid-19 menutup sempadan banyak negara dan melumpuhkan perjalanan udara, dan sekali gus rancangan percutian luar negara.

Oleh itu, Cik Eka, 42 tahun, melakukan cuti inap pada September dan November lalu.

Beliau sekeluarga memilih Marina Bay Sands (MBS) dan menginap di salah sebuah suite di hotel itu.

Oleh kerana suaminya pengurus besar di sana, mereka mendapatkan tempahan pada harga khas bagi kakitangan hotel.

"Kami memang memilih MBS kerana ia sebuah hotel mercu tanda.

"Kalau nak staycation (cuti inap), mengapa tidak kami pilih hotel lebih besar dan gah yang dapat kami teroka," kata Cik Eka ketika dihubungi.

Lagi pula, MBS menyediakan pemandangan cantik kepada penginap.

Menurut Cik Eka, yang sudah 19 tahun menjadi Penduduk Tetap (PR) Singapura, beliau dan suaminya serta ketiga-tiga anak mereka telah ke Dek Pemerhatian SkyPark di bumbung MBS, tempat "kami boleh nampak semuanya" - daripada laut dan Gardens By the Bay hingga ke kawasan pusat bandar (CBD).

"Pemandangannya memang sangat cantik, terutama pada waktu petang," kata suri rumah itu, yang dahulunya aktif dalam dunia muzik.

Beliau akur pengalaman cuti inap yang dilaluinya itu lebih bagi keseronokan anak-anak yang sedang cuti sekolah ketika itu.

Meskipun cuti inap tidak sama dengan percutian di luar negara, Cik Eka tetap seronok dapat melakukannya, malah terbuka melakukan cuti inap di hotel-hotel lain pada masa depan.

"Selalunya pada hujung tahun kami akan pergi bercuti, tapi kerana situasi Covid-19, tak boleh ke mana.

"Memang sangat rindu nak pergi bercuti!" ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg