SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Seorang individu hilang selepas bot, kapal langgar di Kepulauan Selatan

Seorang individu hilang selepas bot, kapal langgar di Kepulauan Selatan

Mar 27, 2026 | 6:19 PM

Seorang individu hilang selepas bot, kapal langgar di Kepulauan Selatan

Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata perlanggaran itu berlaku sekitar 4.15 pagi di perairan luar Kepulauan Selatan pada 27 Mac,
Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata perlanggaran itu berlaku sekitar 4.15 pagi di perairan luar Kepulauan Selatan pada 27 Mac, - Foto ST

Seorang individu dilapor hilang selepas sebuah bot riadah dan sebuah kapal berlanggar di perairan luar Kepulauan Selatan pada awal pagi 27 Mac, sekitar jam 4.15 pagi.

Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) mengesahkan kejadian itu dalam satu kenyataan media.

“Dua daripada tiga individu di atas bot riadah itu telah diselamatkan dan selamat, manakala seorang lagi masih dicari. Semua kru kapal dikenal pasti dan tiada kecederaan,” ujar MPA.

Kapal ronda MPA, aset Pengawal Pantai Polis (PCG), dan Divisyen Marin Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) segera dikerahkan ke lokasi. MPA juga menghubungi waris mangsa yang hilang untuk memberi sokongan.

Amaran pelayaran telah dikeluarkan kepada kapal-kapal berdekatan, menggesa mereka sentiasa berwaspada.

Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan.

Sebelum ini pada 20 Februari, seorang anak kapal warga Indonesia dilaporkan meninggal dunia dan empat penumpang dibawa ke hospital selepas kebakaran melanda sebuah kapal persiaran yang sedang menuju ke Singapura.

Kapal itu membawa 271 penumpang, termasuk 139 warga Singapura.

Kebakaran di kawasan rehat di dek sembilan kapal itu dilaporkan berlaku sekitar jam 4 pagi. Semua penumpang selamat dipindahkan dan api berjaya dipadamkan oleh anggota bomba marin SCDF.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg