Semua penyedia jagaan kesihatan akan masukkan rekod pesakit dalam pangkalan elektronik
Semua penyedia jagaan kesihatan akan masukkan rekod pesakit dalam pangkalan elektronik
Nov 8, 2017 | 6:31 PM

REKOD ELEKTRONIK: Singapura menjadi menjadi antara negara pertama yang mewajibkan semua penyedia penjagaan kesihatan memasukkan maklumat pesakit dalam NEHR. - Foto ST -
KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan mewajibkan semua penyedia jagaan kesihatan untuk memasukkan maklumat dalam Rekod Kesihatan Elektronik Kebangsaan (NEHR) dari hospital besar hingga klinik kejiranan.
Ini bermakna setiap aspek sejarah perubatan pesakit, termasuk rekod lawatan ke doktor sektor swasta, ubat-ubatan, alahan dan suntikan akan digambarkan dalm rekod itu.
Rancangan itu diperkenalkan kerana kadar penggunaan NEHR yang perlahan dari penyedia penjagaan kesihatan swasta sejak NEHR dilancarkan pada 2011.

