SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sekolah rendah, pendidikan khas jalani HBL dari 27 Sep hingga 6 Okt

Sekolah rendah, pendidikan khas jalani HBL dari 27 Sep hingga 6 Okt

Sep 18, 2021 | 3:26 PM

Sekolah rendah, pendidikan khas jalani HBL dari 27 Sep hingga 6 Okt

Pelajar sekolah rendah akan memulakan HBL pada 27 September sebagai langkah berjaga-jaga tambahan di tengah-tengah kes jangkitan Covid-19 yang melonjak.
Pelajar sekolah rendah akan memulakan HBL pada 27 September sebagai langkah berjaga-jaga tambahan di tengah-tengah kes jangkitan Covid-19 yang melonjak. - Gavin Foo

Semua sekolah rendah akan memulakan pembelajaran dari rumah sepenuhnya mulai 27 September hingga 6 Oktober, sehingga berakhirnya peperiksaan tamat sekolah rendah (PSLE), sedang kes Covid-19 terus meningkat.

Dalam kenyatannya pada Sabtu (18 September), Kementerian Pendidikan (MOE) berkata, langkah itu juga melibatkan sekolah-sekolah Pendidikan Khas (Sped), yang menawarkan kurikulum nasional.

"Ini akan melindungi lebih baik pelajar muda kita yang tidak layak secara perubatan menjalani vaksinasi," ujar MOE.

Ini juga akan mengurangkan risiko penyebaran di sekolah dan jumlah pelajar dikenakan Arahan Kuarantin atau Cuti Ketidakhadiran sebelum peperiksaan itu, tambah MOE.

Pada tahun ini, PSLE bermula pada 30 September dan berakhir 6 Oktober.

Aturan serupa telah dilakukan tahun lalu, sebelum bermulanya peperiksaan bertulis bagi PSLE.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg