Sekilas
Pelajar Politeknik Ngee Ann peroleh pisau untuk rompak wanita
SEORANG pelajar Politeknik Ngee Ann (NP) dituduh mendapatkan pisau untuk merompak seorang wanita $40 tahun lalu.
Remaja warga Singapura itu dikatakan melakukan kesalahan itu di blok flat Lengkong Tiga, berhampiran Jalan Kembangan, pada sekitar 1 pagi pada 3 Oktober tahun lalu, sekitar sebulan sebelum ulang tahunnya yang ke-18.
Memandangkan dia baru 17 tahun ketika dituduh merompak wanita itu, identitinya tidak boleh didedah di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, yang merangkumi individu di bawah 18 tahun.
Menjawab pertanyaan The Straits Times semalam, NP mengatakan remaja itu masih menuntut di sana.
Kajian sel T bagi individu lengkap vaksinasi Covid-19 bakal dilaksana
SATU kajian berhubung sel T, iaitu bahagian genting sistem keimunan tubuh dan bagaimana ia memberi respons untuk memerangi jangkitan Covid-19 dalam individu yang telah menjalani vaksinasi akan bermula bulan depan.
Sel tersebut adalah sejenis sel darah putih yang bekerjasama dengan antibodi untuk menghapuskan virus Sars-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19.
Firma bioteknologi setempat ImmunoScape sedang bekerjasama dengan dua syarikat vaksin untuk mendapatkan 70 individu yang telah menjalani vaksinasi untuk menyertai kajian itu di sini.

