SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sediakan payung sebelum hujan...

Sediakan payung sebelum hujan...

Nov 1, 2023 | 8:21 PM

Sediakan payung sebelum hujan...

HUJAN DIJANGKA: Hujan berserta guruh dijangkakan pada kebanyakan hari dalam separuh pertama November.
HUJAN DIJANGKA: Hujan berserta guruh dijangkakan pada kebanyakan hari dalam separuh pertama November. - Foto ST

Sebaiknya anda bawa bersama payung apabila keluar rumah memandangkan hujan berserta guruh dijangkakan pada kebanyakan hari dalam separuh pertama November.

Hujan juga mungkin berlanjutan ke sebelah malam pada beberapa hari, kata Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Rabu.

Ini kerana keadaan antara monsun dijangka akan berlaku semasa minggu pertama November, sedang monsun barat daya akan hampir berakhir.

Tempoh antara monsun bercirikan angin yang sedikit dan berubah, serta hujan guruh yang kadang kala menjadi lebat.

Petir juga biasanya bertambah semasa bulan-bulan antara monsun berbanding bulan-bulan lain dalam tahun tersebut, kata MSS.

November biasanya salah satu bulan yang kerap hujan di Singapura, kata MSS.

Untuk dua minggu pertama November, suhu maksimum harian dijangka antara 33 darjah selsius dengan 35 darjah selsius pada kebanyakan hari.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg