SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

'Sayangkan nyawa anda dan orang tersayang...'

'Sayangkan nyawa anda dan orang tersayang...'

Jun 30, 2021 | 5:30 AM

'Sayangkan nyawa anda dan orang tersayang...'

- Foto BH oleh KHALID BABA
- Foto BH oleh KHALID BABA -

MENYAKSIKAN kemalangan jalan raya membawa maut, melibatkan diri dalam aksi kejar-mengejar, dan mengetatkan kawalan terhadap pemilik kenderaan yang menyalahi undang-undang sudah menjadi sebahagian pekerjaan hariannya.

Sedang Polis Trafik (TP) menyaksikan kenaikan dalam kemalangan berkaitan kelajuan dan kemalangan membawa maut disebabkan memandu semasa mabuk, Inspektor Stesen (SI) Fadli Shaifuddin (gambar atas) menasihati pengguna jalan raya supaya mengutamakan keselamatan diri mereka serta orang lain.

Pemuda berusia 33 tahun yang sudah sembilan tahun berkhidmat itu juga terdorong untuk menyertai TP disebabkan pengalaman peribadinya selepas beliau sendiri terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat kecuaian pemandu lain.

Kini, selain kerja penguatkuasaan, Pegawai Peronda itu juga melakukan yang terbaik untuk menasihati dan mendidik pengguna jalan raya setiap kali berinteraksi dengan mereka.

Mei lalu, TP melancarkan siri video Responder Pertama dengan SI Fadli merupakan antara pegawai yang diketengahkan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg