Raih manfaat melalui konsep ‘Satu Harga, Pelbagai Ganjaran’.

Setiap penyertaan dalam ibadah korban kendalian Nur Insan bukan sahaja membolehkan ibadah tersebut dilaksanakan, malah membuka ruang bagi sumbangan kepada pendidikan Islam percuma dan membantu keluarga kurang berkemampuan.

Inisiatif ini juga memperkukuh usaha kebajikan dan pembangunan ummah Nur Insan secara menyeluruh, melalui saluran lebih berkesan dan berterusan.

Nur Insan terus komited memastikan setiap sumbangan yang diterima memberi impak berganda, bukan di dunia sahaja, malah sebagai saham akhirat berkekalan buat peserta.

Presiden Nur Insan, Encik Muhammad Faaris Ameerjan, berkata inisiatif ini bertujuan memaksimumkan manfaat setiap sumbangan.

“Dengan satu penyertaan, peserta bukan menunaikan ibadah korban sahaja, malah membantu pelajar madrasah dan keluarga memerlukan secara berterusan,” kata beliau.

Antara pakej korban yang ditawarkannya ialah korban lembu di India serendah $89 bagi satu bahagian; kambing di Indonesia dan Afrika bermula daripada $149 seekor; dan pakej ‘Qurban Insani’ pada harga $79 bagi pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

Pilihan lain termasuk pakej ‘Qurban Nabawi’ (berharga $239) dan kambing Australia berharga $359, yang dagingnya kelak akan diterbangkan ke Singapura.

Daging korban turut diagih ke negara lain, seperti Bangladesh dan Uganda, yang menghadapi keadaan keperluan kemanusiaan tinggi, bagi membantu golongan lebih memerlukan.

Sehingga kini, Nur Insan telah memberi manfaat kepada lebih 852 pelajar Madrasah Hujung Minggu setiap minggu.

Di samping itu, sekitar 800 pelajar mengikuti kelas fardu ainnya dalam talian khusus untuk belia berusia 17 tahun ke atas, manakala 525 pelajar menyertai program ‘Cloud Madrasah’, yang merangkumi pelajar daripada darjah satu hingga ke peringkat menengah.

Selain pendidikan, kira-kira 400 keluarga turut menerima bantuan kebajikan secara berkala atau rutin, menjadikan impak Nur Insan lebih menyeluruh dalam usaha memperkasa pendidikan dan kesejahteraan masyarakat.

Bagi memastikan ketelusan, peserta akan menerima e-resit, e-sijil, gambar, dan laporan korban.

Orang ramai boleh menghubungi Nur Insan di talian 6920-7505 atau WhatsApp ke 8768-4688.

Anda juga boleh melungsuri laman www.nurinsan.sg untuk maklumat lanjut.