Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Sarapan perata bersama

Oct 19, 2018 | 5:30 AM
- Foto FACEBOOK MOHD MALIKI OSMAN
- Foto FACEBOOK MOHD MALIKI OSMAN -

NIKMATI HIDANGAN: Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar) Dr Mohamad Maliki Osman (kanan) dan Menteri Pertahanan Malaysia, Encik Mohamad Sabu, memulakan hari mereka dengan bersarapan roti perata di sebuah kedai makan di sini semalam. Memuat naik gambar mereka menjamu hidangan yang lebih dikenali sebagai roti canai di Malaysia itu di laman Facebook beliau, Dr Maliki berkata beliau gembira dapat bertemu dengan Encik Mohamad yang berkunjung ke Singapura bagi satu lawatan perkenalan. Menteri Malaysia itu juga bakal menghadiri Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM) dan ADMM-Plus di sini. "Kami berbincang tentang pelbagai topik serta bertukar pandangan tentang pembangunan di kedua-dua negara," ujar Dr Maliki.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg