Topik diikuti
Pergi ke BHkuSambutan NDP akan diadakan di estet kejiranan lima CDC S'pura
Pengguna Berdaftar
Sambutan NDP akan diadakan di estet kejiranan lima CDC S'pura
Sambutan NDP akan diadakan di estet kejiranan lima CDC S'pura
SUASANA NDP: Meskipun pemasangan seni pepatung beruang kecil dilukis 600 penduduk daerah South East dan rakan kongsi akan dipamerkan, para pengunjung masih berpeluang untuk melukis pepatung beruang itu pada hari karnival, yang akan berlangsung pada 7 Ogos nanti. - Foto BH oleh SYED MUHAMMAD FIRDAUS -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jul 14, 2022 | 5:00 PM
PARA penduduk di setiap daerah Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) - South East, North East, North West, South West dan Central - boleh menjangkakan sambutan Hari Kebangsaan yang lebih gah berlangsung di kejiranan mereka tahun ini dalam bentuk karnival melibatkan seluruh anggota keluarga.
Selama dua hari - pada 6 dan 7 Ogos - sambutan-sambutan itu akan berlangsung di padang bersebelahan Wisma Geylang Serai, Taman Bishan Ang Mo Kio dan beberapa padang luas termasuk Punggol bersebelahan Waterway Point, MRT Sembawang dan MRT Buona Vista.
