SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

SalamSG agih daging korban, beriani kepada benefisiari Muis

SalamSG agih daging korban, beriani kepada benefisiari Muis

Jul 31, 2022 | 5:30 AM

SalamSG agih daging korban, beriani kepada benefisiari Muis

PENGAGIHAN: Sukarelawan di Masjid Assyakirin semalam mengumpul bungkusan daging korban dan paket nasi briyani untuk diagihkan kepada benefisiari Muis. - Foto BM oleh MOHD KHALID BABA
PENGAGIHAN: Sukarelawan di Masjid Assyakirin semalam mengumpul bungkusan daging korban dan paket nasi briyani untuk diagihkan kepada benefisiari Muis. - Foto BM oleh MOHD KHALID BABA -

SEBANYAK 600 kilogram daging korban serta 700 paket nasi beriani telah diagihkan kepada benefisiari Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di sekitar kawasan Taman Jurong dan Boon Lay semalam.

Pengagihan ini dianjurkan oleh anggota jawatankuasa SalamSG Korban sempena menyambut tahun baru Islam.

Daging korban ini dibawa dari Australia dan diagihkan semalam di Masjid Assyakirin.

Seawal 8.30 pagi, lebih daripada 100 sukarelawan daripada masjid tempatan, Muis dan ahli masyarakat telah turun padang ke Masjid Assyakirin untuk membungkus daging untuk diagihkan.

Turut menyertai sukarelawan ini dalam usaha pengagihan ini semalam adalah Presiden Muis, Encik Saat Abdul Rahman dan Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg