Premium
Rumah penjagaan Orange Valley ke-6 di Balestier
Jan 18, 2018 | 5:30 AM

KHIDMAT PEMULIHAN PESAKIT LUAR: Pusat Penjagaan Orange Valley (OVCC) di Balestier Road tidak hanya dikhususkan buat warga senja uzur, malah mereka yang memerlukan terapi pemulihan seperti senaman pergerakan menyusuli pembedahan bagi menguatkan otot; dan urut sukan. Ini membolehkan pesakit mengurangkan masa menunggu bagi mendapatkan rawatan berbanding di hospital. - Foto BH oleh LIM YAOHUI -
SYARIKAT Orange Valley Nursing Homes (OV) membuka rumah penjagaan keenam di Balestier.
Terletak di 363 Balestier Road, pusat penjagaan lima tingkat yang dibuka sejak 2 Januari lalu dan diberi nama Pusat Penjagaan Orange Valley (OVCC) itu akan menjadi pusat pertama menawarkan khidmat pemulihan bagi pesakit luar.

