Premium
Risiko berita palsu pada masyarakat berbilang kaum
Nov 20, 2017 | 5:30 AM

BINCANG TANGANI BERITA PALSU: (Dari kiri) Encik Noor Mohamed, Encik Desmond Lee, Dr Hannan Hassan dan Encik Sujadi sewaktu forum tentang berita palsu, Isnin lalu. - Foto BH oleh MARK CHEONG -
SINGAPURA tidak boleh menanggung risiko daripada mempunyai masyarakat berbilang kaum yang menaruh perasaan saling syak mengesyaki dan berpendirian eksklusif, yang disebarkan menerusi kejahilan dan sikap tidak mengambil peduli akibat gejala berita palsu.
Malah, ramai yang tidak sedar bahawa mereka mungkin bersubahat dalam penyebaran berita palsu, terutama yang berbau agama dan perkauman, dan menyebabkan risiko merosakkan keyakinan sosial, kepercayaan dan keamanan negara, tegas Presiden Persatuan Peguam Islam Singapura (AML), Encik Mohd Noor Marican.

