Ibarat runtuhnya tembok tempat bersandar.

Demikian kata-kata Cik Noraini Ibrahim, 64 tahun, seorang guru, setelah mendapat tahu anaknya, Allahyarham Shahin Muhrez Abdul Hamid, 27 tahun, merupakan antara warga Singapura yang terkorban menyusuli letusan Gunung Berapi Dukono pada 8 Mei.

Letusan itu menyebabkan tiga mangsa terkorban, dua daripadanya warga Singapura manakala seorang lagi warga Indonesia.

Pada Hari Ibu yang diraikan pada 10 Mei, Cik Noraini cukup sebak mengenang arwah anak bongsunya yang sentiasa mengutamakan keluarga dan kehilangannya disifatkan sebagai “tiada ganti”.

Seorang lagi warga Singapura yang terkorban ialah Encik Timothy Heng.