Pemimpin badan: Usah singgung perasaan penganut agama lain
Premium
Pemimpin badan: Usah singgung perasaan penganut agama lain
Mar 5, 2017 | 5:30 AM

-
BEBERAPA pemimpin Melayu/Islam setempat sebulat suara berpendapat bahawa kata-kata yang mampu mencetus ketegangan agama, baik yang disampaikan dalam dakwah agama mahupun dicatat di media sosial, harus dielakkan demi kesejahteraan masyarakat berbilang agama di Singapura.
Mereka juga menasihati kepada orang awam agar merujuk kepada pihak berkuasa ataupun badan agama yang bertauliah jika timbul kemusyikilan atau keraguan tentang tindak tanduk seseorang yang tidak peka dengan sensitiviti agama.

