SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Rangkaian karyawan penerbangan Mendaki dekati 70 belia

Rangkaian karyawan penerbangan Mendaki dekati 70 belia

Sep 2, 2024 | 7:57 PM

Rangkaian karyawan penerbangan Mendaki dekati 70 belia

Ketua Rangkaian Profesional Mendaki bagi Penerbangan, Kapten Jaffar Hassan (dua dari kanan), yang juga Naib Presiden Eksekutif (Asia Pasifik) di Persekutuan Antarabangsa Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan, berkongsi pengalaman bersama peserta dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman (kanan), selaku tetamu terhormat di Rumah Terbuka Penerbangan pada 31 Ogos lalu.
Ketua Rangkaian Profesional Mendaki bagi Penerbangan, Kapten Jaffar Hassan (dua dari kanan), yang juga Naib Presiden Eksekutif (Asia Pasifik) di Persekutuan Antarabangsa Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan, berkongsi pengalaman bersama peserta dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman (kanan), selaku tetamu terhormat di Rumah Terbuka Penerbangan pada 31 Ogos lalu. - Foto MENDAKI

Sekitar 70 pelajar dan belia diberi peluang berinteraksi bersama karyawan dalam sektor penerbangan di Rumah Terbuka Penerbangan, anjuran Rangkaian Profesional Penerbangan, Yayasan Mendaki, pada 31 Ogos.

Acara tersebut, yang dihadiri Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, selaku tetamu terhormat, merupakan salah satu daya utama bagi menggalak golongan belia menyertai sektor yang berkembang.

Ia juga bermatlamat membolehkan para belia membuat keputusan kerjaya dan pendidikan yang lebih baik.

Peserta Rumah Terbuka Penerbangan, anjuran Rangkaian Profesional Penerbangan, Yayasan Mendaki, juga diberi peluang menaiki simulator pesawat.
Peserta Rumah Terbuka Penerbangan, anjuran Rangkaian Profesional Penerbangan, Yayasan Mendaki, juga diberi peluang menaiki simulator pesawat. - Foto MENDAKI

Peserta diberi peluang mendekati karyawan sektor tersebut yang disifatkan sebagai sumber ilmu dalam sesi perbincangan secara rapat serta diberi peluang menaiki simulator penerbangan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg