SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Rangkaian belia untuk memerangi fahaman radikal akan diperluaskan dalam 5 tahun mendatang

Rangkaian belia untuk memerangi fahaman radikal akan diperluaskan dalam 5 tahun mendatang

Mar 8, 2018 | 1:22 PM

Rangkaian belia untuk memerangi fahaman radikal akan diperluaskan dalam 5 tahun mendatang

RANGKAIAN BELIA ASATIZAH: Satu rangkaian belia yang dianggotai asatizah untuk memerangi fahaman radikal akan diperluaskan.
RANGKAIAN BELIA ASATIZAH: Satu rangkaian belia yang dianggotai asatizah untuk memerangi fahaman radikal akan diperluaskan. - Foto FAIL

Dalam lima tahun mendatang, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mempunyai matlamat untuk mengembangkan Rangkaian Belia Asatizah (AYN), kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, di Parlimen hari ini (8 Mac).

Rangkaian itu kini mempunyai 11 asatizah yang telah dipilih antara lain berdasarkan pengaruh mereka di dalam dan di luar talian.

Sekitar 30 asatizah dijangka menganggotai rangkaian itu menjelang akhir tahun ini.

Mereka akan antara lain memerangi serta meningkatkan kesedaran tentang ideologi radikal dan taktik ekstremis di dalam talian serta mencipta ruang positif untuk belia salurkan tenaga dan minat mereka.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg