Rangka kerja bagi bantu jurulatih kerjaya jadi karyawan dalam industri
Premium
Rangka kerja bagi bantu jurulatih kerjaya jadi karyawan dalam industri
Aug 28, 2018 | 5:30 AM
"Kita harus melanjutkan usaha daripada rasa empati dan minat karyawan kerjaya kita, melabur demi membangunkan keupayaan mereka dan menarik lebih banyak bakat... sedang ekonomi disusun semula dan tenaga kerja membuat penyesuaian, peranan karyawan kerjaya menjadi semakin penting. Kita mesti mengiktiraf peranan penting mereka dalam menolong orang lain beralih daripada satu pekerjaan ke pekerjaan lain dengan berjaya." - Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo (gambar). -
SATU rangka kerja baru akan diperkenalkan untuk membantu jurulatih kerjaya membangunkan kemahiran dan kelulusan yang diperlukan agar mereka dianggap sebagai karyawan dalam industri.
Bagi pelanggan yang mencari pekerjaan, pensijilan ini akan menjanjikan latihan bermutu daripada seorang karyawan yang beretika dan bermutu tinggi, kata Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, semasa melancarkan Rangka Kerja Pembangunan Kerjaya Tenaga Kerja Singapura (WSG) semalam.

