Premium
Rancang bersama masyarakat, untuk masyarakat
Aug 25, 2019 | 5:30 AM
CARI KEPUASAN BANTU MASYARAKAT: Cik Mizah, pengasas bersama Particate in Design, ingin mengajak orang ramai untuk berkongsi idea dan terlibat dalam perancangan ruang-ruang masyarakat. - Foto ihsan MIZAH RAHMAN -
PENEROKAAN idea yang tercetus semasa menghasilkan tesisnya tidak disangka dapat menjadi nyata dan membawa kesan yang begitu besar kepada masyarakat.
Cik Mizah Rahman, yang ketika itu siswa ijazah Sarjana dalam Seni Bina di Universiti Nasional Singapura (NUS) ingin mengkaji bagaimana proses perancangan ruang-ruang masyarakat tidak hanya terhad kepada pakar seni bina sahaja.

