Rakyat S'pura tanpa mengira kaum berperanan bangun daya tahan warga
Premium
Rakyat S'pura tanpa mengira kaum berperanan bangun daya tahan warga
Mar 3, 2018 | 5:30 AM
"Dengan rasa saling percaya yang mendalam, semua rakyat Singapura dapat bersatu untuk melindungi keharmonian yang kita hargai. Bak kata pepatah Melayu - bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Inilah intipati pertahanan sosial and psikologi." - Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman. -
KEDEDUA masyarakat Islam dan bukan Islam berperanan untuk membagunkan daya tahan psikologi bagi menangkis kesan negatif yang mungkin berlaku akibat tindakan ganas kumpulan atau individu yang mendakwa melakukannya atas nama Islam.
Semasa menayangkan dua rakaman video propaganda yang memaparkan seorang militan ISIS dari Singapura di Syria, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata besar kemungkinan reaksi pertama rakyat tentulah rasa bimbang, tidak percaya, takut, marah dan mungkin timbul rasa sangsi serta hilang kepercayaan terhadap masyarakat Islam setempat.

