KAWASAN Kampung Glam memang terkenal sebagai hab makanan halal dan juga tempat pedagang-pedagang Arab berniaga dulu.

Selain makanan Arab, Asia dan Barat, baru-baru ini wartawan multimedia Berita Harian (BH), Hans Ashrie Daud, dan biduanita Rahimah Rahim berpeluang untuk merasakan makanan Parsi, yang jarang dijumpai di sini.

Bersama duta restoran Royal Palm Meat & Dine, Cef Bob, mereka dapat menikmati juadah ini untuk berbuka puasa dalam episod kedua rancangan Nadi Kota yang akan disiarkan di laman Facebook BH pada 5 petang ini.

Rancangan info-hiburan terbitan BH ini membawakan kandungan mengenai perkara-perkara menarik yang berlaku di sekitar Kota Singa ini.

Sempena Ramadan ini, Nadi Kota juga akan menyelitkan segmen kerohanian yang menampilkan Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti