SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pusat Satelit Mendaki di Choa Chu Kang dibuka Jun 2018

Pusat Satelit Mendaki di Choa Chu Kang dibuka Jun 2018

Oct 21, 2017 | 3:59 PM

Pusat Satelit Mendaki di Choa Chu Kang dibuka Jun 2018

UPACARA PECAH TANAH: Dr Yaacob menyertai tetamu lain di majlis menandatangani plak dan menanam pokok sebagai simbol 'pecah tanah' bagi pusat satelit Mendaki di Blok 813A, Choa Chu Kang Avenue 7, tadi.
UPACARA PECAH TANAH: Dr Yaacob menyertai tetamu lain di majlis menandatangani plak dan menanam pokok sebagai simbol 'pecah tanah' bagi pusat satelit Mendaki di Blok 813A, Choa Chu Kang Avenue 7, tadi. - Foto HASLEEN BACHIK

PUSAT satelit Yayasan Mendaki di barat Singapura akan dibuka di Blok 813A, Choa Chu Kang Avenue 7, pada Jun tahun depan. MENDAKI @ Choa Chu Kang akan membawa program dan perkhidmatan Mendaki lebih dekat kepada masyarakat, sekali gus menghubungkan penduduk di persekitarannya kepada pelbagai program dan sumber yang ditawarkan. Satu majlis menandatangani plak dan menanam pokok sebagai simbol 'pecah tanah' telah diadakan di kolong blok tersebut tadi. Acara tersebut turut dihadiri Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Mendaki, Dr Yaacob Ibrahim; Mayor South West District yang juga Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling; serta Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Rahayu Buang.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg