SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pusara Aman dan Abadi ditutup kecuali untuk pengebumian

Pusara Aman dan Abadi ditutup kecuali untuk pengebumian

Apr 10, 2020 | 2:12 PM

Pusara Aman dan Abadi ditutup kecuali untuk pengebumian

DITUTUP UNTUK LAWATAN: Pusara Abadi dan Pusara Aman sudah ditutup untuk lawatan kecuali untuk pengebumian dalam tempoh pemutus litar dari 7 April hingga 4 Mei.
DITUTUP UNTUK LAWATAN: Pusara Abadi dan Pusara Aman sudah ditutup untuk lawatan kecuali untuk pengebumian dalam tempoh pemutus litar dari 7 April hingga 4 Mei. - - Foto GOOGLE MAPS

PUSARA Abadi dan Pusara Aman sudah ditutup untuk lawatan kecuali untuk pengebumian dalam tempoh pemutus litar dari 7 April hingga 4 Mei.

Beberapa pengguna media sosial melaporkan tidak dibenarkan masuk semasa ingin melawat tanah perkuburan itu baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan pada 4 April lalu, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata semua tempat persemadian, termasuk tanah perkuburan Choa Chu Kang dan persemadian Mandai, akan ditutup bagi lawatan semasa tempoh pemutus litar bermula 7 April hingga 4 Mei.

"Semasa tempoh penutupan itu, lawatan ke Perkuburan Choa Chua Kang dan Persemadian Mandai tidak dibenarkan, kecuali untuk menghadiri pengebumian.

"Keluarga boleh hadir tetapi harus terhad dari segi bilangan, dengan jarak selamat diamalkan," kata NEA.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg