“Dah lama tak makan daging.”

Itulah yang dikongsi Cik Neng Yatimah Salim, 60 tahun, apabila menerima agihan daging korban daripada Pertapis pada 2025.

“Alhamdulillah, gembira dapat daging, bersyukur. Bukan senang nak dapat daging. Daging itu boleh tahan sampai sebulan,” ujarnya.

Bagi Cik Neng Yatimah, menerima daging korban adalah sesuatu yang sangat bermakna kerana keluarganya tidak mampu membeli daging secara tetap.

Daging korban membolehkan keluarganya menyediakan hidangan istimewa semasa Hari Raya Aidiladha, menyatukan anak-anak dan cucu-cucu.

Pada 2025, beliau menggunakan daging korban untuk memasak rendang dan sambal goreng, hidangan yang mengingatkannya tentang masakan arwah ibunya dan perjumpaan keluarga yang meriah pada masa lalu.

Walaupun tersepit oleh masalah kewangan, beliau gemar berkongsi makanan bersama jiran-jiran kerana yakin “apabila kita memberi, Allah swt akan memberi rezeki lebih”.

Beliau amat bersyukur bagi sokongan berterusan yang diterimanya daripada Pertapis kerana ia membantu meringankan beban keluarganya selama ini.

Cik Neng Yatimah merupakan benefisiari Pertapis sejak 2015.

Beliau bergantung harap pada sumbangan ahli keluarga. Sebahagian besar pendapatan keluarganya digunakan untuk membayar bil sewa, air dan elektrik, dan sedikit yang tinggal bagi makanan dan keperluan harian.

Pertapis menyokongnya dengan menyumbang, antara lain, barang runcit, baucar dan bantuan makanan.

Pertapis komited membantu golongan kurang bernasib baik. Pada 2026, ia menawarkan program ‘Korban Tempatan Secara Langsung’ di Singapura.

Inisiatif ini bertujuan menghidupkan sunah yang sangat digalak, iaitu penyembelihan haiwan korban secara langsung, dengan Sahibul Korban hadir secara fizikal dan terlibat secara aktif dalam ibadah itu, yang diamalkan pada zaman Nabi Muhammad saw.

Hari ini, ramai orang melakukan korban dari jauh dan mungkin berasa terputus hubungan dengan proses sebenar ibadah itu.

Melalui inisiatif ‘Korban Tempatan Secara Langsung’, Pertapis berharap dapat menghubungkan semula masyarakat dengan makna rohani ibadah korban yang lebih mendalam, pengorbanan, belas kasihan, rasa bersyukur, dan keprihatinan masyarakat.

Ia juga mengalu-alukan sukarelawan melalui sendiri pengalaman melaksanakan korban di Singapura pada 2026.

Daging korban tersebut akan diagih kepada lebih 500 keluarga berpendapatan rendah dan penghuni rumah kebajikan Pertapis.

Laksanalah korban anda bersama Pertapis.

Untuk maklumat lanjut sila lawati https://www.pertapis.org.sg/korban-2026.