Topik diikuti
Pergi ke BHkuProgram galak murid sekolah rendah pilih snek lebih sihat
Premium
Program galak murid sekolah rendah pilih snek lebih sihat
'FoodSteps' dimula bulan depan sebagai langkah penting sejak kecil yang diharap mempengaruhi pilihan makanan sihat sepanjang hayat
Program galak murid sekolah rendah pilih snek lebih sihat
SNEK SIHAT: FoodSteps yang bakal dimulakan bulan depan, akan menggalakkan murid sekolah rendah memilih snek lebih sihat seperti ceri tomato (kiri) dan lobak merah (tengah) daripada kerepek kentang (kanan) supaya tabiat pemakanan sihat ini boleh dikekalkan sepanjang hayat. - Foto-foto FREEIMAGES. -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Mar 29, 2019 | 5:30 AM
LANGKAH menggalakkan murid sekolah rendah berhenti makan kerepek kentang atau ayam goreng, sebaliknya menggantikan snek itu dengan lobak merah serta ceri tomato, akan dilancarkan April ini.
Dinamakan 'FoodSteps', ia merancang memulakannya di 15 sekolah dalam kawasan kendalian Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South West, dengan relawan serta penggemar makanan yang menyediakan kegiatan seronok bagi menarik minat 1,500 kanak-kanak supaya memilih makanan sihat.
