Premium
Prihatin keluarga pesalah dadah
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Hari Kebangsaan 2016 di Akademi Home Team Rabu lalu bagi mengiktiraf para pegawai Home Team yang telah memberikan sumbangan dan komitmen dalam memastikan keselamatan Singapura terjamin. Tahun ini, sebanyak 515 pingat diberikan kepada pegawai yang layak. FAKHRURADZI ISMAIL (mfismail@sph.com.sg) melaporkan.
Nov 14, 2016 | 5:30 AM
SUMBANGAN DIIKTIRAF: SSG Bukhary (kiri) dan Supt Hamzah merupakan antara 515 pegawai Home Team yang diiktiraf atas usaha dan kerja keras demi negara. - Foto HOME TEAM -
SEPANJANG kerjayanya di Biro Narkotik Pusat (CNB), Superintenden (Supt) Mohd Hamzah Yusop banyak menyaksikan pelbagai kes berkaitan dengan dadah.
Namun, bagi beliau yang telah bersama CNB selama 15 tahun, perkara yang amat sukar dalam tugasan harian adalah apabila perlu memisahkan anggota keluarga kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.

