Prestasi cemerlang bolehkan siswazah ditawar kerja sebelum raih ijazah
Premium
Prestasi cemerlang bolehkan siswazah ditawar kerja sebelum raih ijazah
Apr 24, 2017 | 5:30 AM
TEKUN BERUSAHA: Encik Umar Mukhtar menasihatkan pelajar institusi seni supaya meluaskan rangkaian kenalan agar dapat meraih maklumat penting bagi membantu dalam mencorak kerjaya mereka. - Foto QASHRUL HIDAFI -
TIGA bulan sebelum meraih ijazah Kepujian Kelas Pertama dalam Pengurusan Seni dari Maktab Seni Lasalle, Encik Umar Mukhtar Abdul Razak telah pun menerima tawaran bekerja.
Tetapi berlainan daripada siswazah institusi seni lain yang selalunya memilih kerjaya berkaitan langsung dengan seni, Encik Umar sebaliknya mengorak langkah memilih pekerjaan sebagai penaja jamin (underwriter) bagi insurans seni di syarikat AXA Insurance Singapore.

