Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah lawat pusat khidmat keluarga, tekan pentingnya akses digital bagi semua

Apr 22, 2021 | 5:32 PM
FAHAMI PERANAN PUSAT KHIDMAT KELUARGA: Presiden Halimah Yacob (kiri) berinteraksi dengan salah seorang sukarelawan Pusat Khidmat Keluarga Masyarakat South Central (SCC) yang terletak di Blok 5 Delta Avenue. - Foto BH oleh NUR FATHIN AWALLUDIN
FAHAMI PERANAN PUSAT KHIDMAT KELUARGA: Presiden Halimah Yacob (kiri) berinteraksi dengan salah seorang sukarelawan Pusat Khidmat Keluarga Masyarakat South Central (SCC) yang terletak di Blok 5 Delta Avenue. - Foto BH oleh NUR FATHIN AWALLUDIN -

ADALAH penting untuk memastikan semua anggota masyarakat mempunyai akses dan literasi digital kerana jika tidak, mereka hanya akan lebih terpinggir apabila penggunaan digital di dunia semakin meningkat.

Melawat Pusat Khidmat Keluarga Masyarakat South Central (SCC) pada Khamis (22 April), Presiden Halimah Yacob telah diberitahu tentang program-program yang dijalankan di sana, termasuk inisiatif I Wish U Had Enough = D (Akses Digital Saksama).

Inisiatif itu bertujuan merapatkan jurang digital dengan menyediakan akses digital dan Internet kepada keluarga berpendapatan rendah.

"Sungguhpun kalau kita lihat Covid-19 sudah selesai (kelak), namun penggunaan digital akan meningkat dan mereka yang tidak dapat menggunakan atau tidak ada akses digital akan mengalami kesusahan, mereka akan terpinggir.

"Jadi saya rasa adalah penting kita menyokong, memastikan bahawa keluarga-keluarga yang memerlukan mempunyai akses digital untuk menyara hidup mereka, untuk menyumbang kepada masyarakat, untuk menjaga kebajikan mereka," ujar Puan Halimah.

Inisiatif tersebut telah menerima dana daripada Cabaran Presiden 2021.

Semasa lawatan tersebut, Puan Halimah juga telah menyertai sesi interaksi tertutup dengan beberapa penerima bantuan inisiatif serta program yang dijalankan SCC itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg