Topik diikuti
Pergi ke BHkuPresiden Halimah, dewan niaga Cina bincang pelbagai perkara
Presiden Halimah, dewan niaga Cina bincang pelbagai perkara
PRESIDEN Halimah Yacob menemui anggota majlis Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI) semalam, dan membincangkan pelbagai topik, termasuk strategi yang diambil pemerintah dan perniagaan untuk muncul lebih teguh selepas pandemik Covid-19.
Mereka juga berbincang tentang peranan dewan dan persatuan perdagangan dalam menyokong perniagaan, amalan menggajikan pekerja secara inklusif serta sokongan bagi pekerja yang lebih terdedah semasa wabak ini.
